empat sahabat nabi

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Hatinya terlalu takut pada Allah hinggakan orang pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang ketakutan itu telah terbakar.
Kalau beliau mendapat tahu yang makanan yang sedang dimakan itu adalah makanan syubahat maka beliau akan mengorek-ngorek mulutnya hingga muntah-muntah kemudian dia akan berkata, “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau bertindak ke atasku apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang telah bergaul dengan perut panjang.”

SAYIDINA UMAR IBNU KHATTAB

Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, banyak insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga menemui Allah. Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya. Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika pernah orang membilang tampungan di bajunya, dan didapati ada 14 tampalan manakala salah satu tampungan dari tanah liat merah. Apabila berlaku satu perkara terhadap orang-orang Islam beliau sangat mengambil berat dengan urusan itu, hampir-hampir beliau binasa.
Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat. Setelah keluar dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, “Aku terlambat kerana bajuku ini berbasuh sedangkan aku tidak ada baju selain ini.”
Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas pokok-pokok dan berteduh di bawahnya. Warna kulit beliau putih kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepicikan, kulit beliau menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang. Jadi untuk memberi kelapangan pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan. Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah memberi kelapangan pada kaum Muslimin.
Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga beliau terjatuh dan menangis. Kemudian beliau terus tinggal saja di rumah, tidak mahu keluar hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, “Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya.”  Sayidina Umar mencintai sembahyang di tengah malam.
Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beli-au menanggalkan bajunya dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja, kemudian beliau mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya.
Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni itu, tidak diberinya dengan berkata, “Siapakah yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak?”
Selepas Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau dan bertanya, “Apa ha1 engkau ya Amirul Mukminin?” Beliau menjawab, “Hampir-hampir Umar jatuh jikalau tidak aku dapati Tuhan itu Maha Pengasih.”

Perkataan Para Sahabat Tentang Sayyidina Umar Al Khattab

Abu Bakar As Siddiq berkata;

"Tidak ada seorang pun yang ada di muka bumi yang lebih aku senangi daripada Umar."

Ali bin Abu Talib berkata:

"Jika disebutkan orang-orang soleh, maka sebutlah Umar. Kami tidak pernah meragukan bahawa ketenangan berbicara melalui lidah Umar."

Aisyah berkata;

"Demi ALLAH, dia adalah orang yang sangat cerdik dan tiada tandingannya."

Ibnu Umar berkata: 

"Aku tidak pernah melihat seorang pun setelah wafatnya Rasulullah orang yang lebih keras sikapnya dan lebih pemurah daripada Umar."

Ibnu Abbas berkata;

"Dia laksana burung terbang yang sangat berhati-hati, yang memandang bahawa seluruh jalan yang akan dilaluinya penuh dengan perangkap."

Ibnu Mas'ud berkata;

"Andai kata ilmu Umar diletakkan pada 1 timbangan, maka ilmu seluruh manusia diletakkan pada timbangan yang lain, nescaya timbangan Umar akan jauh lebih berat."

Hudzaifah berkata;

"Ilmu manusia itu laksana tersembunyi di otak Umar. Demi ALLAH, aku tidak mengenal seorang pun yang tidak takut terhadap cemuhan orang-orang yang mencemuh selain Umar."

- Tarikh al-Khulafa', Imam as-Suyuti, hal 135-136 -


SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN

Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran se telah dikepung selama 49 (empat puluh sembilan) hari. Beliau bersangatan malu (pemalu) hingga pintu rumahnya sentiasa ditutup. Ketika membasuh pakai-an tidak pernah beliau meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat punggungnya.
Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat melainkan tidur sedikit di awal-awal malam. Banyak kali mengkhatam Quran pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya.

Uthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas ituUthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.

Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf Al-Quran yang berbeza-beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan. semasa di madinah membeli telaga air dari yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, dia mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza(beliau digelar zunurain). Saidina UthmanR.Anhu salah seorang dijanjikan syurga.

Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.


Pada suatu sembahyang subuh, selesai memberi salam terus Sayidina Ali menadah tangan dan berkata: “Telahku lihat para sahabat Nabi SAW, tetapi sekarang tidak lagi yang menyerupai mereka itu. Mereka (para sahabat) biasanya keluar pagi-pagi berambut kusut, wajah menguning berdebu dan mata mereka membesar sebesar lutut kambing kerana semalaman suntuk bersujud dan berdiri sembahyang malam seraya membaca kitab Allah dan memper-gantikan tapak dan kening di tanah.
“Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah dengan bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup ribut dengan airmata bercucuran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai sepanjang malam. ”
Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu tidak pernah lagi kelihatan beliau ketawa hinggalah ke saat beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.

Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan, Hussin dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat. Hadis riwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi

Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.

Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.[3] Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.[2]

Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah.

Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda.

Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

 


No comments:

Post a Comment