tasauf

ALfatihah kepada nabi muhammad.


Alfatihah
ayat kursi 
al iklas
al falak
an nas


Sabda Rasullullah s.a.w
Diriwayatkan aleh Bukhari dan muslim.

" Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila ia jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitu kalbu(hati). "


1-AKAL,  2-KALBU(hati),  3-NAFSU  2-ROH


AKAL

Ada 2 pengertian -

Akal = tabiatnya memikir dan mengatahui segala hakikat sesuatu.

Akal (latifah rabbaniyyah) = akal yang alim dengan ilmunya.

sabda nabi muhammad s.a.w:

"Awal-awal benda dijadikan oleh Allah Taala ialah akal, kemudian berkata Allah kepada akal: Berhadap olehmu, maka berhadap ia, kemudian berkata Allah kepadanya : pergi olehmu, maka jauh ia. "


KALBU

Ada 2 penyertian -

kalbu zahir  = hati kasar iaitu seketul daging terletak dalam dada sebelah kiri manusia,berongga, tempat menyisi dan mengepam darah untuk menjalar keseluruh urat saraf manusia.hatiyang dapat dilihat, dijamah atau dikerat.

kalbu batin (latifah rabbaniyyah) = hati seni tidak dapat dilihat,dijamah atau dikerat, tetapi dapat dirasa oleh penyakuan batin sendiri tentang wujudnya, dan iaitu ialah suatu kejadian dan latifah rabbaniyyah atau yang dapat kita bahasakan dengan hati seni kejadian tuhan yang ruhani.Hati batin itu laksana raja pemerintah,hati kasar itu laksana istana raja tempat ia bertakhta dan anggota lahir umpama kaki tangan dan sebagainya laksana rakyat jelata.ia akan patuh kepada perintah raja. hati yang tidak akan busuk, berulat dan tidak akan hancur buat selama-lamanya, bila tubuh relai dari nyawa, dialah yang akan menemui alam akhirat.dialah berasa bahgia dan beraca celaka didunia dan akhirat.
                Dengan hati latifah rabbaniyyah inilah maka hati kasar(jantung) itu hidup dan berdenyut. Ia mempinyai sifat-sifat Ta'aqqul dan juga sifat2 ma'ani dari sejak ia dijadikan di alam aruah yakni sebelum tercantum dengan alam kasar ini.Ahli-ahli falsafah dan tasauf adalah bersependapat dan menanamkan hati jenis ini.hati yang mempunyai tanggungjawab kepada tuhan dunia, akhirat.


NAFSU

Ada 2 pengertian -

Nafsu = meliputi segala tabiat2 marah, berahi dan shahwat dan termasuk dalam sifat keji umpama dengki, dendam, tamak, ria' dan sebagainya.sifat yang wujud pada kejadian binatang dan manusia.

sabda nabi:
'sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak diantara dua pelampung engkau.'

dengan nafsu inilah datangnya syarak atau agama Allah menuntut setiap manusia menyuci dan mengawasinya setiap ketika..

Nafsu (latifah rabbaniyyah) = dikatakan nafsu ini sangatlah jauh berbeza dangn makluk2 lain yang umpama binatang.jika diitlaqkan nafsu ini maka ghalibnya dipakai kepada kepada nafsu yang jahat nafsu jahat itu apabila digosok dan dicuci dengan sabun- sabun zikir kepada Allah dan diberus dengan tembaga mujahadah dan iklas kepada Allah serta dipandu dan dipimpim pula oleh guru yang ahli maka sedikit demi sedikit akan terkikislah sifat-sifat karut kejahatan nafsu tadi, kemudian menunggu ia ketibaan warid atau nur dari Allah da kemudian ia akan berpeluang pula mengecap dzauq atau shudud yang kita gelarkan dia dengan hakikat  dan makrifat, diwaktu itu maka nafsu jahat tadi akan bertukar mendapat gelaran baru iaitu nafsu mutma-innah yakni nafsu yang tenang dan teguh dari mendapat godaan syaitan, dengan itu bererti ia sudah masuk ke dalam darjah permulaan wali kecil wilayah sughra.
          sebelum sempai ke maqam nafsu mutma-innah ia mesti menempuh jalan 3 peringkat:

1- amma-rah  = nafsu yang sentiasa suka dan pecah liur kepada kejahatan. nafsu peringkat ini adalah sejahat-jahat dan sehina-hina nafsu dari peringkat-peringkat lain.

2- lawwa-mah  = nafsu yang kerap kali menkritik diri sendiri apabila ia jatuh ke dalm lembah angkara dosa, dan cepat-cepat ia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah serta menyesal.

3- mulhamah  = nafsu yang telah bersih dari segala kekotoran hati, oleh itu ia selalu dapat ilham2 yang berguna dan luarbiasa.


RUH

Ada 2 pengertian -

Ruh tabi'i = suatu kejadian wap atau gas yang keluar dari hati kasar atau jantung yang berisi darah hitam. wap atau gas itu berjalan dengan lancarnya keseluruh bahagian urat saraf. ruh yang digelar oleh doktor2 dan dipadankn dengan istilah nyawa yg dipunyai juga oleh haiwan2.

Ruh (latifah rabbaniyyah) = sama pada hakikat dalam erti suatu kejadian tuhan yang seni. malah ia berbadan halus dan seni.

Allah berfirman:
" dan mereka lagi akan bertanya kepada engkau wahai muhammad, berkenaan ruh hendaklah engkau menjawab kepada mereka bahawa ruh itu adalah daripada urusan pekerjaan tuhan. "



akal, kalbu, nafsu, ruh  yang berlainan sebutan, sebagaimana terdapat dalm hadis2 dan al-quran itu adalah satu erti iaitu 'latifah rabbaniyyah'  yang dibahasakan kepada ruhani.

(  zulmah syahwat nafsu dan maksiat maka pada itu dinamakan nafsu. apabila ia berasa gerun dan takut hendak melakukan maksiat dengan sebab terfikir bahawa perbuatan umpamanya itu suatu perkara dibenci Allah dan masyarakat maka diwaktu tu ia dinamakan akal. apabila ia tenang dibawah peraturan cahaya taat tetapi perasaannya sentiasa berbalik-balik dalam hal perkara tadbir kehidupan dunia maka ketika itu dinamakan kalbu(hati). apabila ia tenang dan tetap jelira dengan Allah serta dibukakan mata ruhnya basirah dan dishuhudkan nur aslinya makapada itu ia dinamakan ruh. )

'Sirr' 
apabila nafsu sudah bersih dari tariakn tabiat jahat hingga terjadi ia sebagai rahsia dan sirr semata-mata maka pada waktu itu dinamakan 'sirr' .semua nama-nama istilah itu tak lari daripada satu hakikat jua iaitu latifah rabbaniyyah..

inilah di latifah rabbaniyyah satu daripada rahsia-rahsia yang datang dari lam ghaib Allah s.w.t denagn firmannya:

katakanlah wahai muhammad ruh itu satu daripada urusan rahsia-rahsia tuhan yang ghaib..

_____________________________________________________________


la i laha illallah muhammadar rosulullah

Dalam perbicaraan ilmu tasauf, peringkat2 terbahagi kepada tujuh darjah atau martabat berikut:

1- nafsu amma-rah
2- nafsu lawwa-mah
3- nafsu mulhamah
4- nafsu mutma-innah
5- nafsu radhiah
6- nafsu mardhiyyah
7- nafsu kamil

1- nafsu amma-rah (zikir berbunyi di mulut)

Tabiat hati ahli peringkat ini selau terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan,oleh itu nafsu amma-rah sentiasa menyuruh manusiaberbuat kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak. baik atau jahat adalah sama disisi perasaan hatinya. ia tidak merasa duka atau menyesal diatas perbuatan jahat, malah kadang-kadang sebaliknya iaitu apabila ia berbuat jahat maka terdapat perasaan lega gembira dikalbunya.

Sebagai contoh: jika tertinggal solat misalnya maka tidak terdapat perasaan runsing atau kesal diatas peniggalan itu tetapi kadang -kadang meninggalkan solat itu lebih memberi rasa ria' dan gembira. dan kiaslah lagi contoh-contoh yang lain umpama jika ia mencuri atau dapat memukul orang maka perasaaannya lebih gembira dan senang.

Fiman Allah:
"sesungguhnya nafsu (amma-rah) itu sangat menyuruh berbuat jahat."

Setengah daripada sifat-sifat garisan kasar yang timbul dari benih nafsu amma-rah yang cemar ini ialah :
1-bakhil
2-tamak dan lubakan harta dunia
3-panjang angan-angan
4-sombing takabbur
5-ingin dan kasihkan kemegahan
6-ingain namanya terkenal dan masyur
7-hasad dengki
8-dendam kesumat
9-khianat dan sifat jahat
10-bertabiat lalai kepada Allah
11-lain-lain lagi

barang siapa meletup dihati atau merasa berdegup di kalbu dengan salah satu daripada sifat-sifat tersebut, maka itulah tandanya ia termasuk dalm golongan amma-rah yang biadap itu.kebanyakan orang awam kita tidak terkecuali jahil atau berilmu adalh tak terlepas dari golongan nafsu ini.bahkan termasuk golongan ini juga sekalipun ia dari orang alim jika terdapat sifat-sifat seumpama itu, kerana dengan semata-mata banyak ilmu tidak lah menukar orang itu menjadi orang sufi yang bersih hati. ia adalah ibarat tembaga atau besi berkarat yang perlu dibakar lebih dahulu sehingga suci bersih..

        nafsu amma-rah ini dalah serendah-rendah darjah dan sejahat-jahat nafsu dalam dunia perbicaraan tasauf. jika mahu dikikis sifat-sifat berkarat dan kotor yang timbul dari benih nafsu amma-rah itu hendaklah ia masuk ke dalam golongan sufi serta menyikut cara peraturan orang sufi bagaimana ia dapat meleburkan sifat-sifat durjana yang melekat dihati itu, dan tidak ada jalan yag lain daripada jalan ini jua kerana jalan ini sudah dicubai dan diistiqra'i oleh orang-orang sufi.

2- nafsu lawwa-mah (zikir berbunyi di hati)

nafsu lawwa-mah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri dan mencala diri sendiri apabila berlaku suatu kejahatan dosa diatas dirinya.nafsu ini lebih elok dan tinggi sedikit darjahnya daripada nafsu amma-rah tadi kerana ia tidak puas hati terhadap dirinya yang melakukan kejahatan lalu ia mencela dan mencerca dirnya sendiri.sunguhpun darjah nafsu ini tinggi sedikit dari yang dahulu tetapi tabiatnya sekali-sekala tidak terlepas juga dari jatuh ke dalam jurang angkara dosa dan kejahatan, lalu ia cepat-cepat beristifar kepada Allah serta menyesal diatas kesalahan yang dilakukan itu. dalam al-quran.
tuhan berfirman:

" aku bersumpah dengan nafsu lawwa-mah (pencerca dan pengkritik diri) "

sebagai contoh: kalau ia tertinggal solat misalnya terdapat perasan kecut hati kerana menyesal diatas ketinggalan solat itu lalu ia  terus qadha cepat-cepat dengan tiada perasaan hendak bertangguh-tangguh lagi dan memohon ampun banyak-banyak kepada Allah dengan perasaan yang bersungguh-sungguh. dan kiaslah lagi diatas perbuatan-perbuatan yang seumpama itu.

diantara sifat-sifat yang timbul dari benih nafsu lawwa-mah itu ialah:

1-mencela kepada kesalahan sendiri
2-bertabiat berfikir(bertafakkur)
3-terdapat perasan kecut hati bila bersalah
4-terdapat oerasan mengkritik terhadap apa jua yang dikatakan kejahatan
5-hairan kepada diri sendiri kerana disangka dirinya lebih baik(ajub)
6-membuat kebajikan kerana hendak memperlihat kepada orang (ria')
7-memperdengar kepada orang suatu kebajikan yang dibuat supaya mendapat pujian (suma'ah)
8-dan lain-lain daripada sifat keaipan hati.

barangsiapa berasa meletup dihati atau berasa berdugup dihati dengan sifat-sifat umpama itu maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu lawwa-mah.

martabat nafsu lawwa-mah itu terletak pada kebanyakan orang awam yang kelas istimewa dari martabat amma-rah tadi. ianya masih tertinggal melekat dihati lagi sisa-sisa sifat kotor yang perlu dikikis habis iaitu seperti sifat-sifat 'ujub, ria', suma'ah dan seumpamanya daripada sifat-sifat keaipan hati. ibarat perak bercampur tembaga, dan nilaianya tinggi dari tembaga berkarat tadi. dan tidak syak lagi bahawa sifat-sifat keaipan hati itu tidak akan terkikis habis-habisan dari lubuk hati melainkan dengan memakai penawar cara leburan orang -orang sufi jua. lain-lain jalan belum dijumpai lagi kerana orang-orang sufi telah membuat cubaan demikian dan mengetesnya sendiri.
firman Allah:

" orang-orang yang bermujahadah pada jalan kami akan kami tunjukkan mereka jalan kami "

3- nafsu mulhamah (zikir berbunyi di ruh)

nafsu yang sudah menerima latihan berapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang semar tadi melalui tarikat, dari kerana kesucian hati itu terbuanglah lintasan-lintasan fikiran kotor atau khuatir-khuatir syaitan dan mengambil alih di tempat itu olehh khuatir-khuatir dari malaikat atau dari Allah yang mana kita namakan wahi  " ilham " ..

Firman Allah:

"demi nafsu(manusia) dan yang menjadikan(Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenangan orang yang menyucinya(nafsu) dan rugilah(celakalah) orang yang mengotorkannya."

Diantara sifat-sifat kasar yang timbul dari benih nafsu mulhamah yang baik itu ialah sifat-sifat terpuji bagaimana di bawah:

1- tak sayangkan harta sakhawah
2- berasa cukup dengan kurniaan harta yang ada(qana'ah).
3- berilmu laduni atau ilham
4- timbul perasaan merendah diri pada Allah.(tawadhuk)
5- taubat yang benar-benar(hakiki).
6- sabar yang hakiki.
7- tahan menanggung kesusahan.

Barang siapa benar2 teguh merasa di hatinya dengan sifat2 tersebut maka itulah tandanya ia termasuk dalam golongan nafsu terpuji itu(mulhamah). mereka boleh dinilai diibarat sebagai "tuasa" yang tetap tahan dan tidak boleh berkarat lagi.

dalam mertabat ini ini boleh dikatakan baru mulai masuk kesempadan makam wali yakni mereka kerapkali baru mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat(syudud) tetapi belum begitu teguh dan kejap kerana mereka dalam martabat ini masih ada kemungkinan akan lenyapnya kembali segala sifat terpuji bagaimana tersebut tadi dan kemungkinan hilang lenyap pula rasa makrifat dan hakikat dari hati.

Allah berfirman:
" dan mereka lagi akan bertanya kepada engkau wahai muhammad, berkenaan ruh hendaklah engkau menjawab kepada mereka bahawa ruh itu adalah daripada urusan pekerjaan tuhan. "


4- nafsu mutma-innah (zikir berbunyi di sir)

tetap pula terkikis dari kalbunya sifat2 yang tercela maka diwaktu itu berhak ia mendapat gelaran maqam nafsu mut-mainah.nafsu mut-mainah idalah permulaan mendapat darjah wali kecil.

Firman Allah dalam al-quran :

"wahai nafsu mutma-innah kembalilah kepada tuhan engkau sambil berhati suka-ria diredhai tuhan maka masuklah olehmu dalam golongan hamba-hambaku yang soleh dan masuklah syurgaku."

antara sifat2 nafsu mut-mainah:

1- murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah
2- tawakkal yang benar
3- bersifat arif dan bijaksana
4- kuat beribadat
5- syukur
6- redha pda hukuman Allah
7- taqwa yang benar

biasanya orang mencapai martabat ini tetapi tidak semesti akan lahir padanya keramat2 yang luarniasa, mendapat ilmu dengan tak payah belajar(ilham) kerana ia dapat mengesan rahsia-rahsia dari Lohmahfuz. inilah dia nafsu mut-mainah mereka ibarat emas tujuh yang bermutu dan lebih mahal dari nilaian nafsu2 yang lepas.nafsu yang tetap bernilai dan terjamin dengan syurga bagaimana diterangkan dalam al-quran iaitu dialah wajar menerima jemputan syurga.

5- nafsu radhiah (zikir berbunyi di sirusiri)
nafsu yang mencapai kejilahan, kejernian hati yang teguh. perasaan yang redha dengan hukuman Allah.ianya berhemah tinggi dalam perjuangan mujahadah dan ibadat untuk mencapai nafsu mulia itu sebagaimana menyikut cara kaedah sufiah.

tabiat yang luar biasa, masalah keduniaan sama saja bagi martabat ini, wang ringgit tidak bernilai bagi mereka. telah diisyarat oleh firman Allah:

"sesungguhnya orang-orang wali Allah itu tidak pernah rasa ketakutan dan tidak pernah rasa kerunsingan di atas mereka itu"

nafsu mereka sudah terkikis dari akar umbi kesemua sekali karat-karat yang cemar dan pula sinaran nur shuhud. alam sekeliling mereka nampak Allah bg mereka. maqam musyahadah "al insan" pada umpama nabi s.a.w.

wali Allah dalam mertabat orang khawas. maqam yang diibarat emas bermutu lapan. sifat keruhaniannya ialah:

1- zahid
2- iklas
3- warak
4- tinggal  perkara yang bukan kerjanya
5- tunai dan tepatkan hukum-hukum Allah

6- nafsu marhiyyah

nafsu yang diredhoi Allah , jiwa mereka, perasaan mereka, lintasan mereka, khuatir mereka, gerak geri mereka, penglihantan meraka, pendengaran mereka percakapan mereka, pancaindera mereka, penumbuk mereka, penendang mereka peludah mereka dan seterusnya adalah diredhai Allah belaka.






Bersambung.............

No comments:

Post a Comment